|
NEGARA TURKEY
|

Pencuci Kasut di
Angkara
Penjual Bunga di Istambul/ Edirne |
22hb Dis 2001 Bazangan / Gubulak / Dogobayazit / Erzurum
Bismillah kami melangkah menyeberang sempadan Iran
Turkey setelah berjalan hampir satu kilometer untuk memasuki sempadan Turkey
dari Iran.
Jam 8.30 pagi kami sudah berada di sempadan.Udara sunggoh sejuk salji
merata-rata.Setelah tukar wang 20US bersamaan LT22,000 kami naik bas mini dari
bandar kecilsempadan Gubulak ke bandar Dogoboyazit.
9.30 pagi kami telah sampai di Dogoboyazit askar
Turkey merata se panjang jalan sekatan juga dibuat kerana kawasan ini mereka
berhadapan dengan pemberotak Kurdistan.Kami menaiki bas dengan tambang 5us
seorang kami bertolak ke bandar Erzurum.Memutih salji sepanjang jalan sunggoh
sejuk cuaca di bawah paras beku.Jam 5 petang kami sampai di Erzurum sewa hotel
Serhat LT12 juta satu malam. Disini jam 6 petang dah masuk waktu isak.Selepas
sarapan malam kami ke stesen keretapi untuk dapat tiket ke Ankara.

Jualan Ayam Turkey di tepi Jalan
Keluarga Angkat di Sivas Turkey
|
23hb Dis 2001 Erzurum / Ankara
Jam 5.00 pagi telah siang
selepas solat suboh kami ke stesen keretapi 8.30 pagi untuk dapatkan tiket ke
Ankara .Tiket jam 10 pagi tapi dijangka 12 tengah hari keretapi sampai.Berlaku
kelewatan 4.00 petang baru keretapi sampai.Kami bertolak selepas solat
zohor.Kami sampai di Sivas jam 4.45 pagi 24hb.Dis 2001.Perjalanan kami jangka
mengambil masa 25 jam dan jangka sampai Angkara 6.00 malam 25hb.Dis 2001.Solat
magrib dan isak atas keretapi.Waktu malam cepat 5.30 malam.Cuaca sepanjang jalan
sejuk dan salji suhu antara -01-030C. .
24hb.Dis 2001 Kyseri / Ankara
Pagi cuaca terang walau jam baru 7.00 pagi.Kami masih lagi dalam keretapi menuju
Ankara.Kami lalui bandar Kyseri kawasan pertanian tanah baru siap dibajak untuk
tanaman gandun.Kawasan luas seluas mata memandang.Salji nampak mulai cair di
sini sungai-sungai air nya jerneh.Jam 4.30 petang sudah gelap kami mulai masuk
bandar Ankara.Sampai Ankara kami ke bank untuk tukar traveling cek.Kami tukar di
Ziharat Bank 50US dan Ak Bank 200 US.Otel Gulpinan pilehan kami dengan sewa 10
juta TL.Keluar makan tengahari sunggoh enak masakan Turkey.

Pasar Buah-Buahan di Sivas
Stesen Keretapi di Erzurum |
25hb.Dis 2001 Angkara / Istambul
______________________________________________________________
|