|
Thailand
Ini yang ke berapa kali entah lah aku ke
Thailand.Benarlah kata kawan kalau sekali ke Thailand kita akan ulangan beberapa
kali dengan tujuan yang berbeza.Kali ini aku pergi bersaorangan hanya dengan
tujuan untuk melihat bagaimana tanaman salad tanah tinggi boleh ditanam ditanah
rendah.
Berbekalkan maklumat tempat
sebagaimana dalam majalah agro aku mencari On Nut Bangkok kawasan tanaman sayur
Salad.
8hb.Okt 2009
Kuala Terengganu/Kota Bharu/Narathiwat/Hatyai
Bismilah aku mulakan langkah keluar rumah jam 7.30 pg dengan niat untuk mendapat
teklonogi tanaman salad tanah tinggi yg ditanam ditanah rendah.Dengan bas dari
Kuala Terengganu ke Kota Bharu.Macam biasa aku siapkan gambar passport 8 keping
untuk apa-apa yang perlu berkaitan imegresen nanti.Teksi dari Kota Bharu ke
sempadan Pengkalan Kubor.Litas sempadan Takbai jam 3.00 petang.Lepas solat jamak
zohor dan asar aku ambil teksi ke stesen Narathiwat.Dari Narathiwat aku menaiki
van terus ke Hatyai dan sampai pada jam 7.00 malam.Ambil TD hotel kos 450
bats.Lepas mandi Solat jamak magrib dan isak kemudian ke stesen keretapi tengok
jadual perjalanan.Cari buku travel Thai untuk panduan perjalanan.Aku mengambil
keputusan menaiki bas sahaja untuk ke Bangkok esok nya.Makan malam leteh balik
hotel terus tidor.
9hb.Okt.2009
Hatyai/Chophon/Bangkok
Keluar hotel jam 7.00 pg sarapan nasi kerabu Thailand masakan
orang islam Thai.Beli tiket bas ke Bangkok 680 bats bas dua tingkat.Bersih
cantik.Bertolak 7.30 pg aku dudok tingkat atas untuk melihat panorama Thailang
sepanjang jalan.Berhenti di Chauphon makan minum.Percuama di bayar oleh syarikat
bas satu perkhidmatan yang bagus.Perjalanan mengambil masa 12 jam.Aku sampai di
Bangkok jam 8.00 malam.Ambil teksi terus ke Hualapong stesen keratapi terbesar
di Thai.Aku menginap di Hotel Bangkok Centre harga 1400 bats.Penat leteh terus
tidor.Bangun jam 3.30 pagi untuk solat yg belum lagi selesai.Lega sambong tidor.
10hb.Okt.2009
Bangkok/Chengmai
Mencari maklumat untuk ke On Nut.Lepas sarapan aku ke stesen Sukhumvit untuk ke
On Nut ambil motorsikal pusing sekitar cari ACK Farm.Akhirnya berjumpa juga
projek yang di cari.Selepas melawat kekitar dan berunding dengan pegawai
pemasaran aku bersetuju untuk datang kembali selepas pulang dari Myanmar nanti.Ke Emporium tengok kaedah pemasaran dan pameran pertanian.Banyak peluang
perniagaan disini yang boleh dibawa pulang.Aku ke stesen bas untuk ke utara
iaitu Chengmai.Aku bertolak ke Chengmai jam 12.30 tengah hari.Bas meragam rosak
di tengah jalan.Menunggu sunggoh seksa di tengoh kota Bangkok.Tapi bukan aku
seorang ada 40 lagi penumpang dari berbagai negara. Perjalanan ini sepaptut
sampai di Chengmai jam 10.00 malam terlewat terpaksa tidor distesen bas dgn
seorang guru bahasa Inggeris dari Scotland.Kami sampai jam 4.00 pg.
 
Pembantu Bas Eskpress Bas
Rosak Ke Chengmai Orang Lahu Utara Thai |
11hb.Okt.2009
Chengmai
Jam 4.30 bergerak ke masjid minta motosikal hantar.Masjid belum buka.Selepas
solat ada jamaah Myanmar pandai berbahasa melayu,ayub nama nya pernah
kerja di P Pinang.Bersam kedai islam makan roti canai.Ambil Hotel Al
Farouk.Rehat,tengah hari sewa motor ke Mai On 26 km ke utara Chengmai.Makan
keras rebus.Sedap.Malam rehat lepas solat tidor.
12hb.Okt.2009
Chengmai/Chengrai
Sarapan di masjid ada jemaah pelawa makan.Bas bertolak jam 10 pg sampai 1.00
tengah hari di Maisai.Petang lihat sekitar bandar dan esok aku akan melangkah ke
Myanmar walau dikatakan oleh orang Islam myanmar sangat bahaya kesana.Aku
kuatkan semangat dan perlu banyak maklumat untuk seberang sempadan Thai/Myanmar.
_____________________________________________________________
|