Susur Galur GMP
PENGALAMAN

GM PELADANG sebuah syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 2001. Antara objektif GM PELADANG ialah membangunkan pertanian berasaskan teknologi dengan kaedah tanaman secara fertigasi, melahirkan usahawan  tani baru melalui program latihan yang ditawarkan, mewujudkan pusat sentralisasi hasil keluaran petani dan juga menawarkan khidmat nasihat kepada yang berminat mahupun petani yang menghadapi sebarang masalah pertanian.  

1996

Pengalaman memanam bermula diawal 1998 dengan sayur daun melalui sistem hidroponik takung.Jenis tanaman yang diusahakan ialah sayur kailan,Sawi,pak choy dan kangkong.Pengeluaran dalam usaha ini antara 70-100 kg setiap hari.Usaha ini berjalan selama 4 tahun sebelum tanaman fertigasi dimulakan.

 

2001  

GM PELADANG telah mula mengusahakan ladang fertigasi komersial dengan menggunakan pemindahan teknologi dari Jepun & Holand. Pada tahun 2001, keluasan tanaman mencecah 1 ekar dan berjaya menghasilkan tanaman berdaun dan berbuah seperti cili, tomato, melon, rockmelon, timun jepun,  dan sebagainya

 

2002  

Dalam awal penubuhan syarikat, hasil keluaran kami telah mendapat pengiktirafan SLAM (Skim Akreditasi Ladang   Malaysia).

 

2003  

Operasi syarikat semakin berkembang. GM PELADANG pada tahun ini telah mula bertindak sebagai syarikat yang menyelia beberapa projek-projek pertanian khususnya tanaman fertigasi & hidroponik di seluruh Terengganu.Selain itu, GM PELADANG mula bergerak  aktif dalam memainkan peranan sebagai pusat pembekalan alat-alat dan input-input pertanian.GM PELADANG semakin berkembang maju. Kami kini menjadi pengeluar hasil tanaman dan ladang komersial kami seluas 2 ekar. Selain itu, kami telah menyediakan pusat latihan kepada usahawan baru atau tani baru. Hasil produk seperti rockmelon telah berjaya memasuki pasaraya besar sekitar Lembah Klang.

 

2004

GM PELADANG turut diberi kepercayaan untuk berusaha sama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang ,Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Kawasan dan Jabatan Pertanian. Antara kejayaan syarikat kami,GM PELADANG telah bertindak sebagai penasihat kepada  projek perintis sains pertanian fokus fertigasi di sekolah -sekolah menengah seluruh TerengganuMelalui kelas latihan (kursus jangka pendek) 4 hari, GM PELADANG telah dapat melahirkan usahawan tani yang baru yang turut melibatkan diri dalam pertanian kaedah fertigasi. Selain itu, kami turut menganjurkan kursus sehari dengan Jabatan Pendidikan Terengganu khusus untuk pengenalan kepada para guru sains pertanian. Projek terbaru kami pada penghujung tahun ini, kami memberi kursus motivasi keusahawanan  tani kapada anak-anak ahli Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh negeri Terengganu dengan kerjasama BTN dan LPP yang melibatkan hampir 600 orang yang masih belajar.  

 

2005  

Perkembangan Projek Fertigasi sepanjang 2005 cukup membanggakan.Jabatan Pertanian Terengganu telah melibatkan diri merancang dan memajukan projek fertigasi setiap daerah negeri Terengganu.GM PELADANG telah terlibat secara tidak langsong di empat daerah daripada tujuh daerah di Terengganu. GM PLADANG juga terlibat sama dalam memajukan projek fertigasi dibawah program 100 tahun Jabatan Pertanian Terengganu.

 

GM PELADANG juga telah dilantik olih Yayasan DiRaja Sultan Mizan Terengganu sebagai pemaju,penasihat dan juga pemasar bagi projek fertigasi yang memdapat pembiayaan YDSM.Sehingga ini pihak YDSM telah meluluskan 8 projek untuk dibaiyai dibawah program projek fertigasi.GM PELADANG juga telah diminta oleh SEDC Terengganu untuk membuat taklimat perkembangan projek fertigasi. Adalah dijangka GM PELADANG akan  terlibat bersama SEDC dalam memajukan fertigasi di Terengganu.

 

2006

Bagi tahun ini GM PELADANG telah menggerakan aktiviti baru iaitu Lawatan Agro.Dibawah aktiviti ini GM Peladang bersedia menganjur lawatan sama ada didalam mahu pun luar negara  lawatan sambil belajar  dalam bidang pertanian.Lawatan Agro telah di buat untuk SMK Sultan Sulaiman dan juga Pegawai Pelajaran Terengganu ke Cameron Highlang.Dan pada bulan Ogos, lawatan agro juga telah dibuat untuk guru-guru sains Terengganu ke Surabaya Indonesia selama 6 hari.GM PELADANG kini dengan kerjasama PT Tanindo syarikat pengeluar benih terbesar dari Indonesia telah memberi kerjasama untuk memasarkan benih keluaran syarikat PT Tanindo bagi semenjung Malaysia.GM PELADANG juga menjual bahan input pertanian seperti  baja  untuk tanaman fertigasi khas untuk tanaman melon,tomato,cili dan terung yang disediakan adalah sangat bermutu.


2007

GM Peladang telah berkembang seluruh Malaysia,terdapat di setiap negeri usahawan tani fertigasi dibawah bimbingan GM Peladang;

 

Bil             Negeri                                                        Bil Usahawan

 

  1.            Terengganu                                                188 orang

  2.            Pahang                                                             4 orang

  3.            Johor                                                                7  orang

  4.            Melaka                                                             2  orang

  5.            Negeri Sembilan                                            6  orang

  6.            Selangor                                                          8  orang

  7.            Perak                                                             15  orang

  8.            Pulau Pinang                                                   5  orang

  9.            Kedah                                                               4  orang

10.            Perlis                                                                2  orang

11.            Kelantan                                                        11  orang

12.            Sabah                                                               3  orang

13.            Sarawak                                                           4  orang

 

                                           Jumlah                     259   orang

 

2008

GM Peladang sebagai pemasar utama rock melon di Terengganu.Mana-mana peserta di bawah bimbingan GM Peladang dijamin pasarannya.Buah akan diambil dikebun peserta dan akan dibayar dalam tempoh 3-5 hari kerja.Semua buah akan digred dan ditentukan kualitinya di Pusat Belian di Padang Negara Kuala Ibai Kuala Terengganu.

        2009

Kegiatan Agro Travel telah di pertingkatkan dengan penubuhan syarikat baru iaitu GM Peladang Agro Tours Sdn Bhd dengan penggambilan pengurus baru iaitu Encik Mohamad Hazimin.Bagi tujuan ini GM Peladang Agro Tours menganjurkan lawatan ke luar negeri dan juga keluar negara untuk lawatan berkaitan pertanian,perternakan,Industri Kecil berkaitan pertanian.

 

2010


Dibawah progaram R & D GM Peladang mula langkah menanam sayur salad saperti Butterhead,Red Coral,Green Coral.GM Peladang Agro Tours telah di tukar kepada GM Perantis Sdn Bhd.

 

2011

 

Tiga Kakitangan utama GM Peladang telah di hantar ke Thailand membuat kaji selidek berkaitan potensi tanaman di bawah sistem NFT.Pembesaran Projek NFT di mulakan dengan tanaman sayur green Coral,Red Coral dan Butterhead.

 

2012

 

Kursus jangka panjang untuk siswasah mulai di buka tempoh masa antara 2-4 bulan tanpa bayaran.Peserta di beri pilihan menginap cari sendiri atau tinggal di penginapan GM Peladang dengan kadar bayaran manina iaitu  RM150 sebulan.

 

   

Serangan Trip
Cili Kulai 910 Berumur 7 minggu

Kategori produk

Peralatan Fertigasi

Peralatan Paip

Peralatan Penyukat

Benih dan Semaian

Baja

Timer

INFO FERTIGASI

JENIS DAN KAWALAN MAKHLUK PEROSAK TANAMAN

JENIS DAN KAWALAN PENYAKIT

PEMASARAN DAN PEMBUNGKUSAN

PENGANGKUTAN