|
KERALA INDIA
Penggembara Islam yang terkenal Ibnu
Batuta antara tempat di lawati oleh beliau ialah di Calicut sebelum ke negara
China sebagai duta kepada kerajaan Islam berpusat di Delhi India.Hari
jumaat beliau sembahyang di masjid Kachurira.Petang datang ribut kapal beliau
pechah di Calicut.
Kami bercita-cita untuk sampai ke Calicut untuk melihat sejarah silam yang
terpahat kukoh di Calicut.
05/03/2010 Kuala Lumpur/Kochi Kerala India
Tiada pilihan untuk mendapat tiket penerbangan tambang murah pilehan kami ialah
Air Asia.Tambang dua orang RM832 untuk selaha dari LCCT ke Kochi Kerala
India.Tak di sedari flight kami 2.30 petang terlepas kerana kami sampai airport
tepat jam 2.30 petang.Terpaksa beliau tiket baru penerbangan keesokan hari jam
waktu yang sama.
06/03/2010 Kochi Kerala India
Kami tiba 4.30 petang waktu tempatan.Dengan teksi bayaran 475 rupee lebih
kurang RM36 sejauh 30 km kami sampai di pusat bandar Eenakulum. Hotel pilehan
kami ialah Saar Hotel harga 1300 rupee sama RM100.Letak beg kami keluar
bersiar-siar dikawasan rehat tepi jeti.Ramai orang berehat sambil melihat
suasana petang dan matahari jatoh.Rata-rata ramai orang Islam di Kochi sebuah
pelabohan yang sibut.
07/03/2010 Kochi/Calicut
Pagi kami keluar ke Kochi Port ambil bot tambang 25ps seorang untuk ke seberang
Kochi melihat pelabohan lama penempatan orang Islam.Ramai peniaga daging lembu
disini.Harga 130 rupee sekilo iaitu RM10 sekilo.Aktiviti perniagaan bermula awal
pagi.Mereka cukup ramah dan bersedia bercakap dan membantu.Mereka lebih kenal
Indonesia dari Malaysia entah sepatut nya Malaysia terkenal kerana ramai orang
Islam Kerala datang ke Malaysia.
Kami balik ke hotel dan keluar hotel jam 10 pg terus ke stesen kerataapi untuk
ke Calicut.Perjalanan ikut jadual 3 jam sejauh 250km tapi keratapi kami jenis
tambang murah mengambil masa 6 jam baru sampai di Calicut,penoh sesat dengan
penumpang entah berapa kali berhenti tak terbilang setiap stesen kecil pasti
berhenti.
Terus ke hotel Sashapuri sebagaimana dalam buku travel. BUku ini lah sebagai
paduan dan teman kami sepanjang perjalanan.Hotel 1150 rupee.Lepas mandi
dan Solat kami ambil otol sejenis kenderaan tambang murah untuk ke Kuttichira
melihat masjid sejarah.Islam datang lebih awal kesini dari pedagang arab yang
berniaga rempah ratus.
Kami sempat berjumpa dengan keluarga Fatima dimana Bapa Saudaranya merupakan
seorang yang terlibat dalam penyediaan dokumen sejarah masjid-masjid lama di
Calicut.Lepas solat magrib dimana jemaah perumpuan tidak digalakan solat
dimasjid kecuali di rumah kami di pelawa melawat keluarga Fatima yang berdekatan
masjid dan lepas itu kami terus pulang ke hotel selepas makan malam di
restoran arabia.Makanan arab ala Kerala sedap menyelerakan kerana kami sangat
lapar.
08/03/2010 Calicut/Dubai UAE
Malam tidor kurang selesai panas ekon tak berfungsi. Bangun 3 pagi mandi.Lepas
solat suboh keluar tengok aktiviti perniagaan di pasar borong.Riuh rendah dengan
perniaga-perniaga menjual hasil pertanian pisang,kelapa,mangga,keledek,tembikai
bermacam-macam hasil pertanian.Jam 9.00 pg tukar wang ke rupee dan beli tiket
kapal terbang India Express Calicut dubai dua orang 11620 rupee lebih kurang
RM892.00.Keluar hotel 3 ptg ambil ke teksi airport tambang 300 rupee.Kami
terbang ke dubai jam 22.10 mlm jangka sampai 0.20 pagi esok hari
______________________________________________________________
|