|
IRAN

Sempadan Iran Turkey
Bandar Tabriz Iran
Gunong Ararat Iran Turkey

Persepolis Shiraz Iran
Pelajar Universiti Iran
Makam Pahlawan Persepolis |
18hb.Dis 2001 Kuala Terengganu/ Kuala Lumpur
Bismillah aku memulakan langkah bersama
dengan Mohamad Hazimin anak ketiga terpileh untuk perjalanan kali in kami jangka mengambil masa 29 hari.Kalau perjalanan sebagaimana dirancang kami
akan akanke Iran,Turki dan Turkmenistan.Dengan bas dari Kuala Terengganu kami
terus ke Kuala Lumpur.Sepanjang jalan mata tak lelap memikirkan
kewangan,bahasa,pengangkutan,dan juga tak kurang penting kesihatan. Ini perkara
yang perlu diatasi dalam perjalanan. 6.10 pagi kami sampai di Hentian
Putra.Sembahyang subor.Kami membuat persiapan terakhir dengan membeli keperluan
saperti ubat,seluar, dan lain-lain.Kami ambil bas terus ke nilai dan tukar bas
terus ke KLIA.Jam7.30 malam kami bertolak ke Tehran.
19hb.Dis 2001 KualaLumpur/ Tehran Iran
Iran dahulu nya dikenali dengan nama Parsi
atau Persian dan sekarang ini dengan baru Republik Islam Iran. Terletak di
bahagian barat asia. Luas Iran 1,648,195 km persegi. Iran sempadan dengan
Armenia,Azerbaijan, dan Turkmenistan di bahagian utara. Timur sempadan dengan
Afghanistan dan Pakistan. Selantan ialah Telok Parsi,Telok Oman dan Laut Arab.
Bahagian barat sempadan dengan Iraq.
kami sampai 12.30 malam dengan Air Iran dari Kuala Lumpur. Rasa bimbang juga datang
ke negara Shiah yang kami dengar berbeza fahaman ugama dengan kami dari
kalangan Sunni. Hati berkata kita perlu lihat kemudian baru buat kesimpulannya.
Itulah guru sebenar.
Dengan sadikit maklumat kami ke pusat bandar dengan teksi dengan bayaran IR20000 mencari penginapan
Park Hotel kawasan Selantan Tehran dan berdekatan dengan Tehran Bazaar.Kadar
sewa hotel US20.Kami lena jam 2.00 pagi.
|

Saliran Air Tengah Bandar Esfaham
Bersama Keluarga Iran di Taman |
20hb.Dis 2001 Tehran/Orumiyeh
Selepas sarapan pagi kami keluar ke bazaar untuk melihat aktiviti perniagaan dan
keadaan sekitar.Karpet Iran sangat cantik dan harga bermacam-macam.Teringin juga
nak beli tapi perjalanan kami masih jauh.Keluar dari hotel jam 11pagi terus ke
stesen bas untuk ke Tabriz.Tambang bas ke Tabriz untuk dua orang IR34600 lebih
kuran RM16 untuk perjalanan sejauh 10 jam.Sebelum ke stesen kami ke Azadi
Square untuk melihat tanda merchu Tehran. Bas bertolak 2.30 petang bersama
6.30 petang di Malaysia.Kami sahaja berdua orang Malaysia. Singgah di
Zahjan 294 km dari Tehran.Perjalanan malan sunggoh sejuk bagai sampai ke tulang
hitam tambah pula bas kami bocor cermin udara sejuk masuk ke dalam
|
 
Makam Suhada Iran
Tentera Iran
Kereta Kuda di Esafam |
21hb.Dis 2001 Orumiyeh Maku / Bazargan
Kami terlena sepatut kami berhenti di bandar Tabriz iaitu bandar terbesar di
sebelah utara Iran.Kami di kejutkan oleh pembandu bas maklum kami dah sampai di
bandar terakhir iaitu Orumiyeh sempadan Turkey lebih kurang 55km lagi.7 pagi
selepas sarapan kami berolak ke Maku dengan bas 5 jam perjalanan.12 tengan hari
sampai di Maku.Kami sambong perjalanan dengan teksi ke Bazangan.Tengah jalankami
berhenti untuk bergambar dengan
dua gunong berkembar iaitu gunong Ararat.Di
katakan di atas gunong ini lah bahtera nabi tersadai.Kami bermalam di
hotel Jafarpour kadar bayaran nya semalam IR30,000.Sejuk sunggoh waktu malam.
|

Bersama penggembara Korea di
Esfaham
Belakang ST-O-Seh-Bridge |
22hb.Dis 2001 Bazangan / Gubulak / Dogubayazit /Erzurum
Bazangan adalah bandar sempadan sebelah Iran.Sementra Gubulak ada lah bandar
terakhir Turkey ke Iran.Kami masuk Turkey. Kami akan cerita di laman Turkey.
_________________________________________________________
|